Saturday, July 24, 2010

Kursus Imam & Khatib


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sebelum saya memulakan cerita saya pasal Kursus Imam & Khatib, saya ingin memohon maaf kepada anda semua jikalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati anda semua.. pada hari sabtu 24.07.2010 ( semalam ), saya telah menyertai satu program kursus imam & khatib yang diadakan di Dewan Audotorium Institusi Tadbiran Islam Perak ( INTIM ). Program ini telah diadakan julung-julung kalinya di Perak. Program ini dianjurkan oleh Maahad Tahfiz Wal-Qiraat Perak dengan kerjasama Institusi Tadbiran Islam Perak ( INTIM ). Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Mufti Perak, Al-Fadhil Ustaz Zamri bin Hashim. Program ini telah berlangsung pada jam 8.45 pagi hingga pada jam 4.00 petang. Program ini telah mengumpul beberapa pusat tahfiz di seluruh Perak termasuklah Akademi Ikatan Muslimin ( AIM ).
Program ini telah mendapat sambutan hangat dari para-para huffaz dan bakal-bakal imam kerana program ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan rukun- rukun khatib yang hendak membaca khutbah diatas mimbar. Bilangan peserta yang hadir program sebanyak 189 orang yang terdiri dari golongan para huffaz dan masyarakat yang berminat untuk menjadi imam dan menambahkan ilmu.
bersambung...